السلام عليكم ورحمة الله , كيف حالكم ؟ أرجوا أن تكونوا بصحة جيدة
Apa kabar semua,harap berada dalam keadaan sihat sejahtera.الاسم الإشارة
Hari ini kita akan pelajari pula tentang ism isyarah iaitu kata tunjuk,
diantara ism isyarah yang banyak itu kita kenali dulu هذا (ini) dan هذه (ini)
pronaunnya " haaza dan haazihi" walaupun pronaunnya tidak sama tapi membawa perngertian yang sama iaitu "ini", cuma kaedah penggunaannya saja yang berbeza:
1. هذا - digunakan untuk menunjuk susuatu yang disifatkan sebagai
lelaki ( مذكر ) dan menunjukan sesuatu yang berhampiran
kita seperti:
هذا ولد ( haaza waladun) ini budak lelali
هذا منزل ( haaza manzilun) ini rumah
هذا قط ( haaza qittun) ini kucing jantan
هذا معلم ( haaza me'allimum) ini guru
2. هذه Digunakan untuk menunjuk sesuatu yang disitatkan sebagai
perempuan ( مؤنث ) dan yang berhampitan dengan kita
seperti:
هذه بنت ( haazihi bintun ) ini budak perempuan
هذه مكتبة ( haazihi maktabatun) ini perpustakaan
هذه قطة ( haazihi qittotun) ini kucing betina.
هذه معلمة ( haazihi me'ellimatun) ini guru perempuan.
selamat belajar sehingga bertemu lagi
مع السلامة إلى اللقاء قريبا
No comments:
Post a Comment