Thursday, May 28, 2009

SAMBUNGAN TENTANG HURUF JAR
حرف الجر
الباء - ب -( Bii )
باء للإستعانة yang membawa erti perantaraan atau bantuan.
1. كتبت بالقلم
katabtu bii al-qalam
Saya menulis dengan pen
باء المصاحبة yang membawa erti bersamaan, serta, dengan.
2. وصل والدي إلى إدارته بسلام
wasola waalidii ilaa idaarotihi bi salam
Bapa saya sampai ke pejabatnya dengan selamat
باء الظرفية yang membawa maksud pada, di..
3. سافرت بالنهار
Saatartu bii an-nahaar
Saya pergi pada waktu siang
4. أسكن بالقاهرة
Askunu bii Al-Qaahiroh
Saya tinggal di Qahiroh
باء القسم sumpah yang bermaksud demi
5. بالله لن أفعل هذا العمل القبيح
Biillahi lan afa'la haaza al- a'mala al-qabiih
Demi Allah yang tidak akan lakukan perkerjaan yang jelek ini.
باء زيادة hanya tambahan yang tidak membawa sebarang maksud.
6. كفى بالله شهيدا
Kafaa billahi syahiida
Cukup Allah sebagai saksi.
باء المقابلة أو التعويض yang membawa maksud perbandingan
7. اشتريت الكتاب بخمسة ريالات
isytaroitu al-kitaba bikhamsati riyaalaat
Saya beli buku ini dengan harga lima rial.
باء السبابية yang membawa maksud sebab
8. بالإجتهاد تنجح في الإمتحان
bilijtihaadi tanjihu fii al-imtihaan
Dengan sebab kesungguhan anda berjaya dalam peperiksaan
PERHATIAN
باء زيادة ( TAMBAHAN) yang akan berada pada ayat yang ter dapat :
1. خبر ليس ( Khobar laisa ) yang bermakna bukan atau tidak
ليس الفقر بعيب
laisa al-faqru bi a'iab
Kefakiran itu bukanlah satu keiaban
2. فاعل كفى
كفى بالله شهيدا
Cukup Allah sebagai saksi
3. صيغة أفعل به في التعجب
أجمل بالسماء
alangkah indanya langit itu

Monday, May 25, 2009

PERBINCANGAN TENTANG HURUH JAR
Huruf2 jar akan berubah maknya apabila ia berada didalam sesuatu ayat seperti yang kita akan lihat di bawah ini.
1. من (min) للإبتداء yang bermaksud sejak, dari
سافرت من المدينة المنورة إلى الطائف
safartu min al-Madinah al-Munauwarah ilaa at-tooif
saya pergi dari Madinah ke Tooif
2. من (min) للتبعيض yang bermaksud segolongan, sebahagian, dikalangan, diantara.
رب اجعلني من الصالحين
Rabbi ij'alni min as-solihiin
Ya tuhanku jadikanlah daku sebahagian dari orang-orang yang soleh
3. من (min) للتعليل yang bermaksud kerana
انتقالي من خوف الفتنة
intiqaali min khaufi al-fitnah
perpindahan saya kerana takut fitnah
4. من (min) للزيادة ianya hanya tambahan yang tiada membawa erti
هل من خالق غير الله
hal min khaliqin ghoiri Allah
apakah ada pencipta selain Allah.

Friday, May 22, 2009

CONTOH AYAT YANG ADA HURUF JAR
1. خرجت من المنزل إلى الحديقة
kharajtu min al-manzili ilaa al-hadiaqati
saya keluar dari rumah ke taman
2.سلام هي حتى مطلع الفجر
malam itu (penuh) kesejahteraan hingga terbit fajar
3. الرجل في المسجد
ar-rojulu fii al-masjidi
lelaki itu di masjid
4. خرجت عن البلد
kharajtu 'an al-baladi
saya keluar dari negeri itu
5. القط على الكرسي
al-khittu a'laa al-kursyi
kucing itu di atas kerusi
6. أكتب بالقلم
aktubu bi al-qalam
saya menulis dengan pen
7. أعطيت المرسم لحسن
a'toitu al-mirsam li hasani
saya berikan pencil itu kepada hasan
8. محمد كالأسد
Muhammadun ka al-asadi
Muhammad seperti singa
9. و الله ما فعلت هذا
wa allahi ma fa'altu haaza
Demi Allah saya tidak lakukan ini
10. تاالله لأنجزن وعدي
Ta allahi la unjizanna wa'di
demi Allah saya akan tunaikan janji saya
11.رب عدو نفعك ورب صديق ضرط
Rubba a'duwwin nafa'aka wa rubba sodiiqiin zorraka
adalakanya musuh bermanfaat bagi kadu dan adakalanya
kawan membahayakan kamu
12. ما رأيته منذ يوم الخميس
Ma roiatuhu munzu yaumi al-jumu'ati

Thursday, May 21, 2009

حرف الجر
KATA SENDI
هو كلمة ليس لها معنى إلا مع غيرها
Huruf jar tidak mempunyai makna kecuali ianya bergabung dengan perkatan lain di dalam ayat.
منها
diantaranya:
من (min)
حتى ( hattaa)
في ( fii )
عن ( 'an)
على ( 'alaa )
الباء ( huruf ba yang dikasrohkan 'bi' )
اللام (huruf lam yang dikasrohkan ' li ' )
الكاف ( huruf kaf yang difathahkan ' ka ')
واو القسم ( huruf wau sumpah 'wa' )
تاء القسم ( huruf ta sumpat 'ta')
رب ( rubba)
مذ ( muz)
منذ ( munzu)
خلا ( khalaa )
عدا ( a'daa )
حاشا ( haasyaa )
Mengikut kaedah Bahasa Arab setiap kata nama yang berada selepas huruf jar hendaklah ditandakan dengan kasroh pada kata nama مفرد (tunggal), جمع التكسير ( jamak taksiir) dan جمع المؤنث السالم dan jamak muannas salim.Bagi kata nama جمع مذكرالسالم huruf wau didanti dengan huruf ya dan huruf sebelum ya itu dikasrohkan dan bagi kata nama مثنى ( duaan) huruf alif pada kata nama musanna itu digantikan dengan huruf ya tetapi huruf sebelum ya itu di fathahkan. Insya Allah kita akan melihat contoh-contoh penggunaan huruf jar pada pelajaran berikut.

Tuesday, May 19, 2009

MEMBENTUK AYAT DARI BAHASA MELAYU KE BAHASA ARAB

1. Rumah saya besar dan cantik

بيتي كبير و جميل
بيتي ( baitii ) - Ramah saya

كبير ( kabiirun) - besar

و ( wa ) - dan

جميل ( jamiil ) - cantik

2. Nama sekolah kawan saya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
Maahad Hamidiyyah

اسم ( ismu) - Nama

مدرسة ( madrasati) - sekolah

صديقي ( sodiiqii) - kawan saya

هي (hiya ) - ialah

المدرسة (al-madrasatu ) - sekolah

الثانوية ( ath- thaanawiyah) - menengah

الوطانية ( al-watooniyyah ) - kebangsaan

الدينية (ad-diiniyyah) - agama

معهد ( ma'had) - ma'had

حميدية (hamiidiyyah) - hamidiyyah

3. Adakah sekolah kamu terletak di Ipoh

هل ( hal ) - adalah

تقع ( taqau' ) - terletak

مدرستك ( madrosatuka ) - sekolah kamu

في ( fii ) - di

ايفوه ( Ipoh ) - Ipoh

4. Pelajar itu telah sampai ke sekolahnya pada jam 7.00 pagi


وصل ( wasola ) - Telah sampai

الطالب ( at-toolibu ) - pelajar itu

إلى ( ilaa ) - kesekolahnya

مدرسته ( madrosatihi ) - sekolahnya

في ( fii ) - pada

الساعة ( as-saa 'ah ) - jam

السابعة ( as-saabia'h) - 7.00

صباحا ( sobaahan ) - pagi

5. Adapun Muhammad saorang pelajar yang baik

كان ( kaana) - adapun

محمد ( Muhammadun) - Muhammad

طالبا ( tooliban ) - seorang pelajar

طيبا ( toiyyiban) - yang baik

Wednesday, May 13, 2009

المفردات perbendaharaan kata

الصهيونيون - Assohyuniyyun - Zionis
الاستعمارية - al- isti'mariyyah - Yang menjajah
مستقلة - Mustaqillah - Yang berasingan
القضاء - Al-Qodho - Menguasai
المقدسات - Al-Muqaddasaat - Tempat2 suci
العالمي - Al-A'lamiyy - Antarabangsa
الاهتمام - Al-Ihtimaam - Mengambil perhatian
التقرير - At-taqriir - Laporan
تحت الرعاية - Tahta ar-ria'yah - Dibawah naungan
أهداف - Ahdaaf - Objektiv
مستوى - Mustawaa Tahap/Kedudukan

My Blog List

  • - السلام عليكم Untuk pengetahuan semua blog belajar bahasa arab ini akan diaktifkan semula dalam masa terdekat. أخوكم في الاسلام
    12 years ago
  • - *KATA-KATA HIKMAT ALI BIN ABI TOOLIB* *Seseorang itu menjatuhkan nilai dirinya bila dia mula meresa tamak. Ia rela dengan kehinaan bila ia menceritakan ...
    14 years ago