Thursday, February 26, 2009

قواعد اللغة العربية
جملة اسمية (Ayat yang dimulakan dengan kata nama)
وهي التي تبدأ باسم أو بضمير ( iaitu ayat yang dimulakan dengan kata
nama atau kata ganti nama)
CONTOH( pada kata nama)
العلم نور ( Al-ilmu nurun ) ilmu itu bercahaya.العلم adalah kata nama
CONTOH ( pada kata ganti nama )
نحن مجاهد ون( nahnu mujaahiduun) kami para pejuang, نحن adalah kata
ganti nama.
جملة فعلية ( ayat yang dimulakan dengan kata perbuatan)
وهي التي تبدأ بفعل ( iaitu ayat yang dimulakan dengan kata perbuatan)
CONTOH
حضر المعلم ( hazoro al-mu'alimun ) guru itu telah datang حضر adalah
kata perbutan.
يكتب الطالب ( yaktubu at-toolib) pelajar itu sedang menulis, يكتب adalah
kata perbuatan.

Friday, February 20, 2009

LATIHAN:
Terjemahkan ayat2 berikut

يدرس المعلم مادة الرضياضيات

يصحح المعلم الدفاتر

يقابل المعلم مديرالمدرسة

يدخل المعلم غرفة المعلمين

Perhatian: Jawapan boleh dibuat melalui ruangan ulasan atau e-mail
kepada saya baharudin_baha2002@yahoo.com

MEMAHAMI AYAT

يوزع المدير الهدايا للطلاب المتفوقين
yuwazzi'u almudir al hadaayaaa littullabi almutafauwiqiin
( dibaca at tullabi ) kerana dalam keadaan majrur

Pengetua menyampaikan hadiah2 kepada pelajar2 yang bermerlang

مباراة كرة القدم بين تلاميذ صف الثاني والثالث
mubaarootu kurotulqadan baina talaamiizi sof as-sani wa as salis
(dibaca talaamiizi ) kerana dalam keadaan majrur

pertandingan bola sepak diantara pelajar2 tahun dua dan tahun tiga

Wednesday, February 18, 2009

MEMAHAMI AYAT:

يقابل مديرالمدرسة الطلاب عند الإستراحة
Yuqaabilu mudiir al-madrasah at-tullaba i'nda al-istiroohah
( dibaca al-tullaba) dalam keadaan nasob

Pengetua sekolah berjumpa pelajar2 ketika rehat

إن الأطباء يبدأ أعمالهم بجهد جهيد
Inna al-atbaa a yabda u a'amaalahum bijuhdin jahiid
( dibaca al-atbaa a ) dalam kedaan basom

sebungguhnya para doktor itu memulakan kerja2 mereka dengan bersungguh-
sungguh.

أدرس التلاميذ اللغة العربية الإتصالية
Udarrisu talaamiiza ni al-lughuh al-arobiyyah at-attisooliyyah
( dibaca at-talaamiiza) dalam keadaan nasob

saya sedang mengajar pelajar2 itu bahasa arab kumunikasi.

Tuesday, February 17, 2009

MEMAHAMI AYAT

يذاكر الطلاب دروسهم استعدادا للإمتحان
Yuzaakiru at-tullabu duruusahum lil imtihaan ( at-tullabu ) dibaca dengan dhommah.

Pelajar2 itu mengulangkaji pelajaran2 mereka sebagai persediaan untuk peperiksaan.

يعمل الأطباء في المستشفى
ya'malu al-atbaa u fii al-mustasyfaa ( al-atba u) dibaca dengan dhommah

Doktor2 itu bekerja di hospital

يلعب التلاميذ كرة القدم في الملعب
yal'abu at-talaamiizu kurahtal qadam fii al-mal'ab( al-talaamiizu ) dibaca
dengan dzommah

Pelajar2 itu bermain bola sepak di padang.




JAMAK TAKSIIR جمع التكسير

Jamak taksiir جمع التكسير adalah kata nama yang merubah bentuk مفرد ( mufrad) yang juga kuantiti bilangannya adalah lebih dari dua atau
tiga keatas. Jamak taksir marfu' dengan dhommah, mansuub dengan
fathah dan majruur dengan kasroh sama seperti ism mufrad.

CONTOH

طالب ( Toolib) seorang pelajar (L) - طلاب ( Tullab) pelajar2 lelaki
طبيب ( tobiib) seorang doktor ( L) - أطباء ( Atbak ) doktor2 lelaki
تلميذ ( Tilmiiz ) seorang murid ( L ) - تلاميذ ( Talaamiiz) muris2 lelaki

Friday, February 13, 2009

التعبيرات ( ungkapan)

دائما أبدا ( daa i man abada ) buat selama-lamanya ( selalu)
إلى الأبد الأبدين ( ilag abadil abidiin) hingga keakhirnya, sampai bila-bila
لا أبدا ( laa abada ) sama sekali tidak
من حين إلى اخر ( min hiin ila akhar) dari masa kesemasa.
جمع المؤنث السالم
جمع المؤنث السالم ialah kata nama yang menunjukkan sesuatu itu lebih
dari DUA khusus untuk مؤنث dan ianya perlu ditambah أليف dan تاء
pada akhir kalimah مفرد dan tandanya ialah dhommah ketika dalam
keadaan rafa' dan bertanda kasroh apabila ia berkedaan nasob dan jar.

CONTOH:

مدرسات ( mudarrisaatun) bertanda dhommah dalam keadaan rafa'
مدرسات (mudarrisaatien) bertanda kasroh dalan keadaan nasab/jar
مسلمات ( muslimaatun ) bertanda dhommah dalam keadaan rafa'
مسلمات ( muslimaatien ) bertanda kasroh dalam keadaan nasab/jar.

Makna: مدرسات ( guru2 perempuan )
مسلمات ( wanita2 muslim)

MEMAHAMI AYAT

جائت المدرساتُ من مصر
ja at al mudarisaatu min misro - telah datang guru2 perempuan itu dari
(berkedaan rafa'') mesir.

إن المدرساتِ رحيمات
inna almudarrisaati rohiimaat - Sesungguhnya guru2 perempuan itu
(berkedaan nasob) bersifat pengasih

أعطى علي كتاب الثاني للمدرسات
A'too ali kitab as-thanii li al mudarisaati - Ali telah memberikan buku
( dalam keadaan jar) yang kedua kepada guru2
perempuan itu.


Thursday, February 12, 2009

MEMAHAMI AYAT

يدرس المدرسون تلاميذهم في قاعة الدراسة
Guru2 itu sedang mengajar pelagar2 mereka di dewan belajar

دخل مدير المدرسة غرفة المدرسين
Pengetua sekolah telah masuk bilik guru

أعلن المذيعون غدا رماضان
Juru2 hebah itu telah mengumumkan esok ramadan

أعرف أن غدا رمضان من المذيعين
Saya tahu bahawa esok Ramadan dari para juruhebah
MEMAHANI AYAT:

سافر المسلمون إلى مكة المكرمة لأداء الحج
Orang-orang Islam telah pergi ke Makkah mukarromah untuk
menunaikan haji.

شاهدت المسلمين الماليزين يلبسون ملابس الاحرام
saya melihat orang2 Islam Malaysia memakai pakaian ihram




CONTOH JAMAK MUZAKKAR SAALIM

مسلمون ( orang2 Islam) ketika rafa'
مسلمين ( orang2 Islam) ketika nasab /jar
مدرسون ( guru-guru) ketika rafa'
مدرسين ( guru-guru ) ketika nasab /jar
مستمعون ( pendengar2) ketika rafa'
مستمعين ( pendengar2) ketika nasab /jar
مذيعون ( juru2 hebah) ketika rafa'
مذيعين (juru2 hebah ) ketika nasab /jar
السلام عليكم ورحمة الله

جمع ( Jamak ) adalah katanama yang menunjukkan sesuatu yang
lebih dari dua.

جمع terbahagi kepada tiga jenis:

جمع المذكر السالم ( Jamak mezakkar saalim )

جمع المؤنث السالم ( Jamak muannas saalim )

جمع التكسير ( Jamak taksiir )

Jamak mezakkar saalim ( lelaki ) dengan menambah الواو (wau)
dan النون (nun) dari ism mufrad ( tunggal) ketika dalam keaadaan
marfu' dan menggantikan الواو dan النون dengan الياء dan النون
dlam kedaan nasab. Insya Allah contoh-contohnya akan disertakan.







Wednesday, February 11, 2009

MEMAHAMI AYAT:


أحمد يمسك السكين Ahmadu yumsikus sikkiin
Ahmad sedang memegang pisau

أحمد يأكل بالملعقة Ahmadu yakkulu bilmil'aqah
Ahmad sedang makan dengan sudu.

أحمد يشرب العصير Ahmadu yashrobul a'siir
Ahmad sedang minum jus

أحمد يفتح النافذة Ahmad yaftahun naafizah
Ahmad sedang membuka tingkap.

Ayat-ayat di atas terdapat kata kerja yang menunjukkan sedang
berlaku ( فعل مضارع ) iaitu يمسك, يأكل, يشرب dan يفتح kata kerja ini diawali
dengan huruf Ya yang menunjukkan ganti nama mustatir dimana
pelaku perbuatan ini ialah Ahmad.


CONTOH اسم مثنى (KATA NAMA DUAAN) YANG MENUNJUKKAN SESUATU ITU MEMPUNYAI DUA


صورتان ( Suurotaani ) Dua keeping gambar
شجرتان ( Syajarotaani) Dua pohon pokok
طائرتان ( Too i ro taani ) Dua buah kapal terbang
ساعتان ( Saa ‘a taani ) Dua buah jam
ثلاجتان ( Thallajataanin ) Dua buah peti ais
قميصان ( Qamiisooni) Dua helai baju kemeja
ملعبان ( Mal ‘a bani ) Dua buah padang
معملان ( Ma’malaani) Dua buah makmal
دكانان ( Dukkanaani) Dua buah kedai
سلمان ( Sullamaani) Dua uah tangga

Kaedah: Untuk menjadikan kata nama itu menunjukkan duaan kita
Hanya perlu menambah Alif dan Nun di akhir kata nama mufrad, perlu diingat ada kalanya ditukankan alif dan nun itu kepada yaa dan
Nun mengiku fungsinya di dalam ayat seperti صورتين suurotain yang
Membawa maksud dua keeping gambar dengan fungsi yang berlainan, yamg kita akan pelajari dimasa akan datang. Tambahan alif dan nun tadi ialah kerana dalam kaadaan fungsinya sebagai marfu’.
PEMBAHAGIAN اسم (KATA NAMA) MENGIKUT KUANTITI (BILANGAN)

1. مفرد ( Satu )

2. مثنى ( Duaan)

3. جمع ( Jamak)

CONTOH اسم مفرد

صورة ( Suuroh ) sekeping gambar
شجرة ( Syajaroh ) sepohon pokok
طائرة ( Too i roh ) Sebuah kapal terbang
ساعة ( Saa ‘ah ) Sebuah jam
ثلاجة ( Thallaajah ) Sebuah peti ais
قميص ( Qamiis ) Sehelai baju kemeja
ملعب ( Mal ‘ab ) Sebuah padang
معمل ( Ma’mal ) Sebuah makmal
دكان ( Dukkaan) sebuah kedai.
سلم
( Sullam ) Sebuah tangga

My Blog List

  • - السلام عليكم Untuk pengetahuan semua blog belajar bahasa arab ini akan diaktifkan semula dalam masa terdekat. أخوكم في الاسلام
    12 years ago
  • - *KATA-KATA HIKMAT ALI BIN ABI TOOLIB* *Seseorang itu menjatuhkan nilai dirinya bila dia mula meresa tamak. Ia rela dengan kehinaan bila ia menceritakan ...
    15 years ago